NEW YORK: Menteri Luar Iran Hossein Amirabdollahian membincangkan konflik berterusan di Gaza dan meneroka penyelesaian yang berpotensi untuk krisis itu dengan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres di New York.
Perbincangan itu berlangsung berhampiran Perbahasan Suku Tahun Majlis Keselamatan PBB mengenai Asia Barat termasuk keadaan di Palestin, lapor Agensi Berita Republik Islam Iran (IRNA).
Hossein menekankan penyelesaian krisis di Gaza merupakan tema utama semasa libat urus beliau dengan pelbagai tokoh antarabangsa termasuk Presiden Majlis Keselamatan PBB dan pemimpin daripada beberapa institusi sejagat.
Beliau mengetengahkan tumpuan ke atas perbincangan ini untuk mencari resolusi berkesan kepada konflik berkenaan.
Dalam perbincangannya dengan pegawai PBB, menteri itu menegaskan pendirian Iran bahawa meningkatkan lagi konflik ini tidak memanfaatkan pihak terlibat.
Beliau berkata pendekatan politik diperlukan untuk menyelesaikan isu berkenaan, termasuk menamatkan persengketaan dan menangani tindakan rejim Israel di Gaza.
Beliau mencadangkan Setiausaha Agung PBB untuk memikirkan strategi komprehensif politik yang meliputi isu utama seperti pertukaran tawanan, pengunduran tentera dari Gaza dan meningkatkan penghantaran bantuan kemanusiaan di kawasan itu.
Hossein juga mengadakan perbincangan tentang respons ketenteraan Iran terhadap serangan Israel ke atas konsulatnya di Syria semasa perbahasan Majlis Keselamatan dan mesyuarat di luar perbahasan itu.
Beliau menzahirkan pendirian Iran terhadap tindak balas itu dan mengingatkan mengenai peningkatan ketegangan oleh Israel.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 20 2024
Hossein menekankan penyelesaian krisis di Gaza merupakan tema utama semasa libat urus beliau dengan pelbagai tokoh antarabangsa termasuk Presiden Majlis Keselamatan PBB dan pemimpin daripada beberapa institusi sejagat. -Gambar fail/Reuters
Tiada tempat selamat di Gaza, kata ketua UNRWA
Pesuruhjaya Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) Philippe Lazzarini, mengecam tanggapan "zon selamat" di Gaza sebagai palsu dan mengelirukan.
AWANI Ringkas: Ketakutan kepada Pas faktor PN tak dapat undi bukan Melayu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Belum bincang dengan PM mengenai pengganti Mutang - Abang Jo
Abang Johari berkata perbincangan mengenai jawatan Yang Dipertua Dewan Negara belum dibincangkan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
AWANI 7:45 [12/05/2024] – Hentikan kekejaman zionis | Remaja ‘memeningkan ibu-ibu | Faisal Halim semakin baik | Sekolah Sains terbakar
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Essan Yahya
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Korban di Gaza hampir 35,000, lawatan PM ke Qatar tumpu bantu Palestin
- Isu disiplin remaja cabaran utama ibu-ibu masa kini
- Faisal Halim positif, teruja jalani fisioterapi, mahu segara kembali beraksi
- 10 pelajar nyaris maut, asrama terbakar pukul 3 pagi
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Korban di Gaza hampir 35,000, lawatan PM ke Qatar tumpu bantu Palestin
- Isu disiplin remaja cabaran utama ibu-ibu masa kini
- Faisal Halim positif, teruja jalani fisioterapi, mahu segara kembali beraksi
- 10 pelajar nyaris maut, asrama terbakar pukul 3 pagi
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
AWANI Ringkas: Kereta hilang kawalan dipercayai punca nahas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kastam Terengganu rampas barangan bernilai hampir RM1 juta setakat April
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Terengganu merampas pelbagai barangan bernilai RM947,651.54, yang cuba diseludup masuk ke dalam dan keluar dari negeri itu, dari Januari hingga April tahun ini.
Faisal Halim teruja jalani fisioterapi untuk kembali beraksi
Pemain Selangor FC Muhammad Faisal Abdul Halim sangat teruja untuk menjalani rawatan fisioterapi agar dapat segera kembali beraksi seperti sediakala.
Pesta Kaamatan: Enam Unduk Ngadau dimahkotakan di Semenanjung Malaysia
Enam Unduk Ngadau peringkat cawangan Persatuan Kebudayaan Kadazan Dusun (KDCA) di Semenanjung Malaysia telah dimahkotakan.
Bekas bintang Everton, Tim Cahill kunjungi fasiliti, stadium JDT
Bekas bintang Australia, Tim Cahill, mengunjungi fasiliti kelab Johor Darul Ta'zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim dan Pusat Latihan JDT DI Padang Seri Gelam.
Faisal Halim teruja jalani fisioterapi untuk kembali beraksi
Pemain Selangor FC, Faisal Halim sangat teruja untuk menjalani rawatan fisioterapi agar dapat segera kembali beraksi seperti sediakala.
Hari Ibu di Gaza: Kehilangan, pemindahan dan kelaparan
Dalam khemah yang serba daif, para ibu Palestin terpaksa menanggung tragedi yang tidak terungkap di kawasan Al-Mawasi yang bukan
Angka kematian rakyat Palestin hampir 35,000 orang ketika Israel terus bedil Gaza
Sekurang-kurangnya 34,971 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan berterusan Israel di Semenanjung Gaza sejak Oktober lepas.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kira-kira 110,000 warga Palestin melarikan diri dari Rafah - UNRWA
UNRWA berkata tiada tempat yang selamat di Semenanjung Gaza untuk rakyat Palestin ketika keadaan hidup amat teruk.
Britain bantu Gaza, laksana 'airdrop' ke-11
Ia bagi membantu rakyat Palestin yang kelaparan di Gaza kerana lintasan ditutup oleh Israel.
'Kami akan berjuang menggunakan hanya kuku, jika perlu' - Netanyahu
Netanyahu tidak mengendahkan tekanan antarabangsa yang semakin meningkat untuk bersetuju dengan gencatan senjata.
Serangan ke atas Rafah diperhebat oleh tentera Israel
Terbaharu kereta kebal Israel dilihat menembak ke arah selatan bandar Rafah yang sesak pada Rabu.
China-Perancis kecam serangan Israel di Rafah, gesa gencatan senjata serta-merta
Gencatan senjata serta-merta dan bantuan kemanusiaan yang besar-besaran ke Gaza adalah keperluan mendesak yang perlu dilaksanakan, kata China dan Perancis.
Operasi Israel di Rafah berbentuk terhad - AS
Operasi itu bertujuan mengekang penyeludupan senjata dan dana kepada kumpulan pejuang Hamas di Gaza.
'Henti serang Rafah atau tiada gencatan senjata' - Hamas
Osama Hamdan tegaskan pilihan kini berada di tangan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.